Not Cliche

Part 1


“Selalu macam ni endingnya. Klise betullah,”bebel gadis yang berkulit agak cerah lalu meletakkan buku novel itu ke atas meja. Bibirnya dijuihkan. “Apalah..penulis sekarang dah takde idea ke?”

Seorang gadis yang memakai sweater memeluk tubuh. “Apa yang kau bebel ni ha? Aku nak belajar ni pun tak senang,”soal gadis itu.

“Buku ni lah. Kalau akulah,..”ayatnya tergantung. Dia menarik nafas dan menyambung kembali ayatnya namun dipintas oleh rakannya.

“Kalau akulah, confirm aku tulis cerita yang orang tak expect endingnya. Confirm jadi bestseller. Cetak buku aku banyak kali sampai sepuluh cetakan. And then aku akan jadi penulis buku yang popular,”sambung rakannya dengan satu nafas yang begitu lancar.

Riak mukanya berubah. Terkejut. “Eh, macam mana kau tahu apa yang aku fikir?”

 “Cik G-Ha, setiap kali kau baca buku je, mesti ayat tu yang kau ulang. Sudahnya aku pun dah terhafal ayat kau tu,”jelas rakannya. “Heh, patutnya kau ulang la ayat medic, barulah berfaedah sikit aku hafal”

G-Ha tersengih. Dia seraya memeluk rakannya dari belakang. “Sori la eh kau kena dengar komen aku je. Kau ni asyik belajar je, jomla pergi minum,”ajak G-Ha sambil menarik tangan gadis yang khusyuk benar dengan bukunya. Dating dengan buku kut, fikir G-Ha.

“Ecah oi, jom la. Jom la,”ujar G-Ha dengan suara keanak-anakan sambil menarik-narik tangan gadis itu. “Kali ni aku belanja”.

Aisyah dengan lajunya bangun. Memandang wajah G-Ha tanpa berkelip mata. Dia memegang kedua-dua bahu G-Ha.

“Betul ni? ,”soal Aisyah.

“Betul lah.” G-Ha mengiakan sahaja.

“Jom! Kita pergi Cafe"

“Kau ni, bukan main laju bila aku cakap aku belanja.”


Aisyah tersengih. “Hehehe. Mestilah. Rezeki jangan ditolak”

Comments

Popular posts from this blog

Random Stuff

INTERVIEW